Anggun Qistina Putri….

iphone 010

Pada bulan 28 Mei 2011, Indra, anak ke-2 saya telah mendapat serangan asma, semasa di unit kecemasan hospital putrajaya, dia telah diminta untuk buat x-ray sebab dikhuatiri ada jangkitan kuman diparu-paru.. dan telah dimasukkan ke wad pada hari yang sama.. seminggu jugak duk kat hospital temankan dia.. Aiman dan yayen suami yang uruskan. Pada masa ni period dh lewat beberapa hari.. dalam hati memang rasa kelainan tapi tak pasti lagi.. lepas indra keluar wad saya memberitahu kepada suami yang period dh lewat hampir 2 minggu.. memang excited jugak nak tahu.. sebabnya kalau dah lewat macam ni confirm mengandung, hehehe..

Pada esoknya, pegi beli pregnancy test kat farmasi.. maklum duk sibuk nak uruskan pembelian rumah yang baru so just try jer, masa ni memang suspen giler.. hurmmm memang seperti yang dijangka ada 2 line merah.. hehehe.. excited bagitahu suami.. gembira sangat dengan harapan kali ni biarlah dapat rezeki perempuan pulak.. tapi dalam pada itu, risau gak sebab saya dah pergi temankan anak wat x-ray hari tu.. huhuhu.. tapi tak nak fikirkan sangat sebab yakin dengan ketentuan Allah SWT.. banyak jugak baca artikel pasal perkara ni..

sepanjang kehamilan memang tiada apa-apa alahan macam morning sickness.. syukur sangat.. cuma berat badan turun dan tekanan darah rendah.. namun asma seringkali menyerang jugak.. sampai kandung masuk 7 bulan baru berkurangan.. masa awal kehamilan rajin pulak menanam sayur-sayuran kat belakang umah.. tapi lepas kejadian uri dibawah terus stop semua aktiviti tu.. kena pulak monitor beberapa bulan sehingga uri tersebut normal…

setelah melalui pelbagai cabaran semasa mengandung..(lupa nak citer.. penah tanya doktor masa mengandung 5 bulan baby apa? doktor kata macam boy.. hmmm, memang dah bersedia, yang penting sihat dan selamat.) masa tengah monitor ngan doktor pakar…setiap kali jumpa kena scan.. masa tu berat jugak nak tanya sekali lagi yang hari tu doktor biasa jer.. namun saya amik peluang jugak nak tanya, walaupun doktor sibuk scan tengok uri, just tanya ngan doktor tu, ” doktor, baby saya ni boy ke girl?” mulanya dia malas gak nak layan.. hehehe.. mungkin tengok muka saya bersungguh2.. dia pun kata “hurmmm, nampak macam girl” . Wah! lepas jer dengar doktor kata begitu, terus hati berbunga2.. hehehe.. pastu tak nak scan dah..

Setelah kandungan berusia 36 minggu, perut mula sakit2 macam senggugut.. hurmm pelik pulak kali ni.. sakitnya lain macam jer.. bila dah masuk 38 minggu selalu amik mc sebab macam tanda-tanda macam nak bersalin jer.. Pada hari sabtu 18 Februari 2012, hari ni bercadang nak pergi ke Bagan Lalang untuk berkelah bersama dengan kawan suami satu family.. seronok tengok anak2 dapat bermain pantai.. dah lama gak tak bawa dorang main pantai ni.. balik dah malam, so peralatan berkhemah tak kemas lagi masih dalam kereta.. cakap kat suami kang tiba2 sakit malam ni susah jugak.. (beg untuk ke hospital memang dah sedia dalam kereta).

Malam tersebut memang tak senang duduk, tido apatah lagi.. perut rasa memulas-mulas.. sabar jer tunggu sampai pagi, dalam kul 7 pagi baru bagitahu suami perut sakit dah macam nak bersalin.. dan dah kluar tanda.. apa lagi, terus suruh masuk kereta.. hehehehe.. tapi saya bagitahu boleh tahan lagi.. contraction pun baru 30 minit sekali.. lambat lagi ni.. dalam hati kuat mengatakan petang nanti baru bersalin.  Lepas uruskan hantar anak2 ke rumah pengasuh.. kami bertolak ke hospital putrajaya dalam pukul 9 lebih, sampai sana sempat lagi ajak suami gi sarapan dulu..sebab nanti kalau dah masuk memang tak sempat nak makan, suami suruh makan banyak skit.. hehehe.. lepas sarapan kat restoran mamak.. kami pegi ke dewan bersalin.. sampai sana dh dkat 11.30 pagi.. memang dipermudahkan Allah SWT jugak, pada hari tu tak ramai pulak orang nak bersalin, walhal nak dapat tempat di sini bukan lah senang.. terus nurse suruh masuk untuk wat check up.. hurm.. sedia jer lah.  Pas nurse tengok baru bukak jalan 2.5cm, doktor syorkan supaya rehat dulu di wad.. kebetulan pulak ada kosong.. doktor kata dalam pukul 4 nanti baru check balik bukaan.  Maka berehat dulu di wad, contraction memang sakit wooo… sabar jerlah… tak sabar nak jumpa orang baru dalam family.. excited nak tahu gak dapat laki ke pempuan..

Dalam pukul 4 petang doktor panggil tuk wat check bukaan, hrmmm..tengok doktor lelaki pulak tu, rasa segan yang amat, tapi redha jerlah nak wat macam mana kan.. sib baek masa ni suami dah ada so dia tunggu kat wad sementara saya tengah wat check up.. pas doktor check dia kata bukaan dah 4.5cm.. dh boleh pegi ke labor room.. wah..perasaan takut dan tak sabar bercampur gaul.. dengan contraction lagi.. huhuhu.. suami diminta untuk terus menunggu di labor room.. sampai sana nurse pasang alat2 dan kelengkapan untuk bersalin.. sakit contraction dh makin kerap.. sib baik suami ada kat sebelah.. (masa ni suami pesan, pas ni jangan lompat dari katil pulak macam dulu).. mampu mengangguk jerlah.. sakit nya hanya Allah yang tahu.. sakit makin kuat, minta kat suami suh panggil nurse check bukaan, selepas nurse check bukaan dah 7 cm.. masa tu baru pukul 4.45ptg.. sakit contraction dah selang 2 minit sekali.. banyak kali jugak mintak nurse check bukaan.. nurse kata lambat lagi sebab masih 7cm.. hadoiii nape tak bukak2 ni???  5.30 ptg pun masih sama jugak, dalam hati berdoa pada Allah agar dipermudahkan proses bersalin ni.. bersabar dan terus bersabar.. tiba2 nurse tambahkan dose untuk kuatkan contraction.. hah masa nilah rasa nak melompat turun katil tu.. hihihi..

Jam dah pukul 6.05 ptg, sakit berkali ganda pulak rasa..last suh suami panggil nurse sebab memang rasa nak meneran sangat dah.. nurse datang dan check bukaan, dh 9cm katanya.. melihat keadaan saya dh lemah sangat dorang pun panggil doktor (sib baik doktor pempuan masa ni), doktor kata boleh try meneran kalau ada contraction.. time ni plak takde sakit.. bila dah rasa contraction tu, saya terus push.. boleh pulak masa ni rasa sakit contraction tu hilang.. doktor kata kepala baby dah nampak dan jangan berhenti untuk push.. sekali lagi tarik nafas dan push sekuat hati.. tiba2 rasa meluncur keluar baby.. alhamdulillah amat lega rasanya..

Suami tiba2 menjerit bagitahu dapat baby girl, nurse kat situ pun gembira jugak sebab dorang dh maklum bahawa kami ada 3 orang hero sebelum ni.. Bersyukur sangat, lepas baby dibersihkan, baby diberi pada saya untuk disusukan.. masa memandang wajah baby..hilang segala sakit yang sebelum ni..

Kelahiran putri kami ini menyemarakkan lagi keluarga kami.. Kami namakan putri kami Anggun Qistina Putri ( nama yang telah lama kami simpan, akhirnya menjadi kenyataan)  Syukur padaMU Ya Allah!!! Terima kasih diucapkan pada suami tersayang kerana sentiasa bersama-sama dalam susah dan senang.. Kepada doktor dan nurse2 di Hospital Putrajaya, jasa kalian tak dapat dilupakan dan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Persada Aman, Alam Milenia, Bandar Enstek.

Terlalu lama dah tak update kat sini… banyak sangat nak citer sampai tak tahu nak mulakan yang mana dulu..

Oklah, sekarang ni kami dah pindah ke rumah baru.. tapi masih dalam kawasan kejiranan yang sama.. Rumah ni kami beli pada tahun lepas.. Pada Mac 2011 dan pindah masuk pada Julai 2011, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, semuanya atas kerja keras suami.. banyak jugak perkara yang perlu diuruskan..

Dalam kejiranan yang baru ni, kami just low profile jer.. jiran2 semuanya okay.. kami sungguh bertuah dapat membeli rumah ni sebab rumah ni lah yang kami selalu berangan nak miliki.. akhirnya Allah SWT telah makbulkan pemintaan kami, syukur sangat.

oh ye.. lupa nak citer, masa kat sini kami dapat seorang putri dalam keluarga.. nanti saya citerkan selanjutnya.. memang excited sangat.. Semua impian jadi kenyataan.. Anak2 lah yang paling seronok, sekarang mereka bebas bermain.. memang inilah matlamat kami, semua yang dilakukan adalah untuk kemudahan dan kegembiraan anak2, tiada yang lebih bahagia dari itu..

Tahun ni jugak kami beraya pertama kali dirumah sendiri.. best jugak, sebab ramai jiran-jiran yang tak balik kampung, kat taman ni dah macam kampung pulak.. hmmm tengoklah macam mana kami dah tua nanti.. hehehehe…

Pulang ke enstek..

Hari ni kena bangun awal pagi kerana nak bertolak ke airport.. nak naik flight kul 9.05 pagi, nasib baik kat sini pukul 6 dah cerah..bertolak dari rumah linda jam 6.30 pagi, kami sekeluarga menaiki teksi kerana dah tak sempat nak naik train..(teksi HKD315) sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan pagi di hong kong, rasa sedih sangat sebab tak puas nak menjelajah bumi hong kong ni.. kalau ada kesempatan nanti dan dimurahkan rezeki akan kami jejaki lagi kaki di sini..tunggu sajalah kedatangan kami nanti auntie linda..

hk airport 01

Chap Lep Kok Airport (Hong Kong International Airport)

hk airport 02

Chap Lep Kok Airport (Hong Kong International Airport)

hk airport 03

Mama sedang beri Aryan makan..

hk airport 04

Aiman & Indra meninjau kapal terbang..

Opah dan tok wan menaiki teksi yang lain kerana peraturan disini tidak membenarkan penumpang lebih dari 4 orang, kami tiba di airport jam 7 pagi..suasana belum begitu sesak mungkin sebab awal lagi kot..sampai di sana kami terus pergi check in dulu..lepas tu pemeriksaan imigresen (hong kong) alhamdulillah tiada apa-apa masalah semasa di sini.. sambil menunggu flight kami sempat makan satu-satunya makanan halal kat airport ni iaitu restoran popeye..aryan tengah tido keletihan.

Masa yang ditunggu pun tiba dimana flight telah bergerak meninggalkan landasan..selamat tinggal hong kong..semoga kami dapat menjejak kaki ke sini lagi.. sepanjang dalam pesawat papa telah tido sebab tak tido semalaman (berborak ngan linda tak hengat)..aryan, indra lama dibuai mimpi, mama pun ngantuk jugak.. Cuma aiman je yang segar bugar (sebab bleh main game kat laptop).. sampai di KLIA kira-kira jam 12.45 petang..alhamdulillah selamat perjalanan kami.. dari KLIA kami menaiki limo untuk balik ke enstek (indra selalu bertanya bila nak balik enstek)…dalam teksi aiman selamba jer berkata ”panas yer papa” ceh baru seminggu duk hong kong dah eksen..tapi memang betul terasa perbezaan suhu di sini dengan di sana..Inilah pengalaman paling manis dan indah untuk kami sekeluarga pada tahun ni..

Nong Ping..

Papa plan nak bawa mama, aiman, indra dan Aryan pergi berjalan mengenang esok dah nak balik ke Malaysia, di samping member peluang kepada opah dan tok wan untuk bersantai berdua-duaan.  Pada mulanya  papa bercadang nak pergi ke muzium atau menaiki cable car di tung chung.  Papa dan mama akhirnya mengambil keputusan untuk menaiki cable car.  Di hong kong ada 2 cable car iaitu di Ocean Park dan Tung chung, seperti biasa kami menaiki mtr untuk ke tung chung, sampai di sana jam 5 petang dan hujan turun renyai-renyai ditambah pula cuaca sejuk papa terus membeli tiket (HKD300++) untuk kami anak beranak.  Orang tak ramai sangat mungkin sebab dah petang dan keadaan berkabus, kami terus menaiki cable car dan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit jugak untuk sampai ke puncak, aiman dan indra cukup seronok kerana bila bersembang asap keluar dari mulut..huhu sebab sejuk le tu.. sakan dorang gelak.  Kat puncak bukit ni dipanggil nong ping.. terdapat deretan kedai menjual cenderahati dan terdapat starbuck café.  Kami tak duduk lama kerana keadaan sungguh sejuk mungkin dalam 3-7o celcius.  Tangan dan kaki terasa kebas, tapi sempat jugak lepak minum dan makan makanan ringan.  Kabus yang tebal dimana jarak penglihatan 50 meter, silap-silap boleh sesat.  Kami Cuma duduk kat situ dalam setengah jam kerana takut tertinggal cable car yang terakhir jam 6.30  petang.

Sampai di bawah ada satu shopping mall yang menjual barangan branded (outlet) dengan harga yang berpatutan.  Mama dan papa apa lagi sempat shopping baju dan handbag..mama senyum puas sebab handbag yang dibeli tiada outlet di Malaysia.  Kami lepak sekejap di pacific café dan bertolak balik ke rumah linda jam 9 malam.  Satu pengalaman yang indah untuk kenangan anak-anak dimasa akan datang.

Stanley Market & Avenue of Stars..

Sabtu, hari ni kami tak bercadang nak pergi mana-mana maklum dah penat, tapi fikir balik rugi jugak kalau tak jalan-jalan so kami pun bercadang nak pergi ke Stanley Market, dari rumah linda menaiki teksi (tambang HKD120 one way). Sampai di sana kami berjalan-jalan di waterfront, orang tak ramai sangat mungkin sebab jauh kot..sempat jugak tangkap gambar di sini. Papa mama berehat-rehat sementara opah dan tok wan tak membuang masa berjalan menengok-nengok barang yang di jual disitu.. kat sini kalau nak beli cenderahati memang berbaloi harganya, baju baby yang branded pun ada..apa lagi sempat jugak mama menyambar beberapa helai. Sebelum bertolak balik kami sempat lepak di Pasific Café, aiman dan indra layan main kat dalam tu..

Stanley Market 01Pemandangan Stanley Market

Stanley Market 02Pemandangan waterfront di Stanley Market


Stanley Market 03Papa mithali…hehe


Stanley Market 04Mama mengagah Aryan..


Stanley Market 05Aiman yang boleh diharapkan…


Stanley Market 06Indra asyik2 nak main belon!!


Stanley Market 07Second cameraman..


Sebelah malamnya pulak auntie linda mengajak kami melepak di Avenue of Stars, untuk ke sana kami kena menaiki feri (tambang HKD2.20) melalui Pier 7 di Central…kat sana ada pertunjukkan lampu-lampu yang melambangkan satu-satu bangunan yang terkemuka di hong kong yang diadakan pada setiap malam jam 8 malam, setelah selesai pertunjukkan tersebut auntie linda mengajak kami menyusuri waterfront tempat yang dipanggil Avenue of Stars dimana terdapat nama-nama pelakon dan penyanyi di hongkong. Balik ke rumah semua keletihan sebab sejuk dan hujan.

Stanley Market 08

Pertunjukan cahaya dilihat dari Avenue of Stars

Stanley Market 09

Mama, Aiman & Aryan berehat..


Papa & Mama dating berdua..

Hari ni sekali lagi tok wan kena buat rawatan dialysis dan ditemani oleh opah. Hari ni jugak papa dan mama plan nak jalan-jalan ronda kota hong kong. Setelah opah dan tok wan balik dari pusat dialysis papa dan mama pun keluar jam 3.30 ptg. Papa dan mama berjalan menuruni bukit (apartment linda kat atas bukit dan ada escalator menghubungkan tempat dia ke hong kong central, ini merupakan escalator terpanjang di dunia kot..sebab memang panjang) dari central papa dan mama menaiki mtr ke causeway bay, saje berjalan-jalan menikmati panorama hong kong ni..berbeza sangat dengan kuala lumpur bangunan kat sini semua tinggi-tinggi dan orang-orangnya jenis tidak kisah dengan perihal orang lain dan berjalan sentiasa laju macam terkejar takut ketinggalan mtr) sebab tu dorang cepat maju kot sebab sentiasa berlumba dan tidak membuang masa, sungguhpun begitu dorang pun ramah jugak walaupun sesetengahnya tidak faham bertutur dalam bahasa inggeris.

Mid Level 01

Pemandangan perjalanan turun ke Central melalui escalator di Mid Level..

Kat causeway bay papa dan mama sempat pergi ke sogo dan lepak di times square kononnya nak carik mainan untuk aiman dan indra..tak jadi sebab mainan tak best sangat, akhirnya mama jugak yang dapat memborong baju..hehe..gembiralah mama tu…

Causeway Bay and Mongkok 01Pemandangan Causeway Bay..

Causeway Bay and Mongkok 02

Papa berehat sebentar..

Causeway Bay and Mongkok 03

Mama sakit kaki..hehe

Balik dari causeway bay papa dan mama singgah di mongkok (ladies market) pengalaman pertama bagi mama sebab papa dah pernah pergi dengan opah..memang ramai sangat orang walaupun hujan turun renyai-renyai dorang tak kisah.. sempat jugak membeli cenderahati untuk kawan-kawan nanti. Setelah penat berjalan papa dan mama balik kerumah, kat umah rupanya Aryan mengamuk yelah tak biasa ditinggalkan, mencari le tu..kesian Aryan..

Causeway Bay and Mongkok 04

Pemandangan di Mongkok

The Peak..

Hari ni kami merancang nak pergi ke The Peak (tempat untuk meninjau pemandangan kota hong kong), oleh kerana tempatnya dekat saje dari rumah auntie linda kami bercadang pergi sebelah petang memandangkan cuaca sejuk pada sebelah pagi ni. Lagipun boleh tengok hong kong pada sebelah malam plak.. jam 3 petang kami bertolak ke The Peak dengan menaiki teksi (tambang HKD 50++) sampai di puncak kami melawat galleria terlebih dahulu kerana hujan masih renyai dan kabus masih tebal so view tak Nampak sangat..best jugak shopping kat dalam ni, papa sempat beli baju panas Hard Rock Café (hong kong version) dan satu t-shirt untuk pak tam.. tok wan pun join jugak beli baju macam papa. Mama pula membeli jam Marie Claire original yang sedang offer di sebuah kedai jam di situ..berbaloi juga kerana mendapat harga separuh dari harga di Malaysia.. (RM600 di Malaysia)..Eksyenla Mama dengan jam barunye..hehehe (RM600 di Malaysia)

The Peak 02Tok Wan & Opah gembira di atas The Peak

The Peak 03Aiman & Indra mengerjakan wheel chair Tok Wan..:)

Setelah hujan berhenti cuaca elok sekali dan Nampak bandaraya hong kong..sungguh indah sekali dapat menikmati pemandangan dari puncak ni…(nak tengok dari puncak ni pun kena bayar jugak HKD20 untuk dewasa dan HKD10 untuk kanak-kanak) papa menjalankan tugas mengambil gambar-gambar yang menarik, aiman dan indra seronok dan tak kisah pun hujan turun renyai-renyai dan sejuk yang dorang tahu nak bermain jer.. opah dan tok wan pun tak membuang peluang turut sama menikmati keindahan pemandangan dari puncak ini.. yang paling tak kesah adalah Aryan..hehe tido jer maklum sejukkan. Kami juga sempat menikmati pemandangan diwaktu malam.. kat sini juga terdapat satu galeri (madame toussour) iaitu pameran patung-patung bintang filem dan artis-artis kat hong kong. Sebelum balik opah sempat jugak shopping lagi beli handbag..

The Peak 04

Tok Wan, Aiman & Indra membaca mural..

The Peak 01Pemandangan Bandaraya Hong Kong dari The Peak

Hong Kong Disneyland..

Hari ni kami bangun awal kerana dah plan nak pergi ke Disneyland tempat yang aiman dan indra tunggu-tunggu nak pergi (yelah hari-hari duk menanya bila nak gi hong kong).. kami bertolak dari rumah linda jam 10 pagi dengan menaiki teksi ke hong kong central. Dari hong kong central papa beli tiket untuk masuk ke Disneyland (boleh tahan jugak harganya dalam HKD 1700++untuk kami sekeluarga). Dari sana kami menaiki train ke tung chung. Dalam train tersebut orang-orangnya sungguh ramah walaupun tak faham sangat bahasa inggeris tapi dorang tetap senyum..dan cukup suka kat Aryan. Kami berhenti di hentian sunny bay, dari sini kami menunggu train ke Disneyland (train diapun ada lambang mickey mouse)..

Sampai di Disneyland aiman dan indra cukup seronok dan kami singgah makan kat luar dulu kerana dikhabarkan tak boleh bawa masuk makanan ke dalam. Selepas makan dan ambik gambar di luar kami pun masuk tapi sebelum tu kena spot check beg oleh security kat situ kerana dorang tak bagi bawa masuk makanan tapi kami boleh lepas gak sebab cakap makanan baby..hehe..

HK Disneyland 01Mama, Tok Wan, Opah, Aiman, Indra & Aryan di depan Pintu Masuk Disneyland

HK Disneyland 03Tok Wan, Aiman & Indra

Masuk je ke dalam Disneyland tu memang rasa berbeza sangat..kami ternampak ramai orang beratur, rupanya tengah nak bergambar dengan mickey mouse dan minney..hehe kat sini ada citer lucu, semasa berbaris rasanya couple cina dari mainland kot..cukup seronok bersembang ngan Aryan, hehe macam itik ngan ayam..dorang tak reti cakap inggeris.. dan semasa mengambil gambar dengan tikus dua ekor tu Aryan tiba-tiba makan hidung mickey mouse tu..semua orang kat situ pakat gelak kat dia.. selepas tu kami singgah di kedai barangan mickey mouse…macam-macam ada..

HK Disneyland 06Mama & Aryan happy dengan Mickey & Minnie

HK Disneyland Aryan & MickeyMickey nak cium Aryan, Aryan isap hidung Mickey..hehehe

Kebetulan semasa kami tiba di hadapan castle (tempat pertunjukkan bungapi) dorang buat announcement ada perarakan jam 3.30 petang.. kami pun menunggu kat situ sampai tiba satu persatu perarakan karektor-karektor dalam world of Disney.. memang mengujakan dan rasa berbaloi bayar tiket tadi..

HK Disneyland 08Disney Parade..

Setelah selesai perarakan tersebut kami pun mencuba permainan yang terdapat di situ..memang letih tapi puas hati dapat bagi kegembiraan pada aiman, indra, Aryan serta opah dan tok wan.. pada jam 7.30 malam pertunjukkan bunga api dimulakan (macam dalam kartun Disney tu) seronok..hingga tak terkata hero dua orang tu.. selepas pertunjukkan kami pun balik.

HK Disneyland 09Pertunjukan bunga api sebagai penutup

Next target..Tokyo Disneyland..

Rumah Auntie Inda..

Hari ni kami dah berada di hongkong.. bangun pagi sejuk giler.. aiman, indra dan Aryan seronok sebab dorang memang suka tempat sejuk. Rasa tak percaya boleh jugak jejak kaki kat negara orang ni.. Memang sebelum ni kami bercadang tuk berjalan ke negara orang tapi tak sampai hati untuk pergi berdua dan tinggalkan anak-anak..so ini lah peluang kami sambil membawa anak-anak..dalam plan memang banyak tempat nak pergi tapi hari ni kami tak pegi mana-mana, sebab papa nak master jalan kat sini dulu, disebabkan auntie linda tak boleh nak menemani kerana kerja yang memerlukan auntie linda dan pagi-pagi auntie linda dah pegi keje. Apartment yang auntie duduk ni sungguh cantik, tinggi, sejuk dan view yang menarik.. hehe kami pun terasa nak tinggal kat sini..selepas makan kami menonton tv jelah jawapnye..

Rumah Auntie Linda 01Bersarapan pagi di rumah Auntie Linda

Rumah Auntie 01Aryan baby yang paling happy di Hong Kong!


Sebelah petangnya papa dan aiman pegi ke airport untuk menjemput opah dah tok wan. Mama, indra dan Aryan duk kat umah sementara menunggu kedatangan opah dan tok wan. Kami bertolak awal disebabkan pihak MAS membatalkan penerbangan yang dijadualkan pada 2 mac 2009. So kami anak beranak tiba sehari lebih awal dari jadual. Kira-kira jam 8 malam opah dan tok wan telah selamat tiba di rumah auntie.. kami berehat kerana besok kami nak pegi ke Disneyland..

Hong Kong..

hari ni kami sekeluarga bertolak dari klia ke hong kong..memang telah lama dalam perancangan nak pegi kesana.  apatah lagi tak payah nak bersusah-susah duduk kat hotel sebab adik angkat ada kat sana.. kami menaiki flight pukul 645 petang, masa kat airport aiman dan indra bukan main seronok lagi..yelah selama ni dok membilang hari bila nak pegi, dia orang paling seronok apabila hari yang ditunggu dah tiba.. aryan selamba jer.. flight pulak delay ..hampeh betul.  kami bertolak dari klia pukul 7.20 malam dan sampai di hong kong pukul kira-kira 11 malam..

KLIA Satelit 03

Menunggu flight di terminal satelit KLIA

menjejak jer kaki kat bumi orang ni terasa kelainan yang ketara terutama orang-orangnya..suhu kira-kira 19 darjah celcius..terasa kesejukan, nasib baik dah bawa banyak baju-baju panas.. airport hong kong besar jugak..sementara menunggu papa beli prepaid local kami di sergah oleh aunty linda (kata aiman).. kami menaiki hong kong express untuk ke bandaraya hong kong.. tambang dalam 50hkd seorang.. sampai di hong kong central (lebih kurang macam sentral kl tapi jauh lebih maju..mtr ada 2 tingkat di bawah tanah) memang kagum kerana bangunan di kelilingnya mencakar langit…kami menaiki teksi untuk ke rumah linda di Robinson Road..sampai sana jam dah 12 lebih dan kami keletihan terus merehatkan diri..