Balik Kampung
Tahun ni kami sekeluarga beraya di Taiping rumah Tok Wan dan Opah. Aiman dan indra cukup seronok sekali, kami bertolak jam 3 pagi untuk mengelakkan traffic jam. Memang tak jam pun jalan pun clear tak sibuk sangat mungkin sebab dah dinihari dan waktu nak bersahur, mama dan papa sahur kat hentian rehat rawang jer.. sampai di Taiping jam 7 pagi Opah dan Tok Wan seronok nampak Aiman, Indra dan Aryan. . pagi ni Tok Wan kena gi hemodialisis, kesian tok wan kena gi 3 kali seminggu..sejak 2 bulan yang lalu. Lusa umat Islam menyambut hari lebaran setelah penat berpuasa di bulan Ramadan.
Salam Aidilfitri
Hari raya pertama, setelah selesai sembahyang hari raya dan bermaaf-maafan, Aiman, Indra dan Aryan dapat banyak duit raya.. opah bagi RM50 ringgit sorang, tok wan RM20 seorang dan Pak Tam RM20 seorang. Mama pulak dapat sebentuk cincin emas dan gelang tangan Kristal dari Opah (terima kasih banyak-banyak mak, budi dan jasa emak takkan kami lupakan). Pukul 12.30 petang kami bertolak untuk beraya di rumah Tok su di Tasek Gelugur (Kg. Rakit), Tok Wan, Opah, Pak Tam, Papa, Mama, Aiman, Indra dan Aryan tiba di sana jam 2 petang.. tok su tak berapa sihat namun gagah juga berbual dengan kami dan kelihatan tok su amat seronok dengan kedatangan kami, ramai jugak saudara mara yang hadir. Setelah kenyang menjamu selera kami bertolak balik ke Taiping.
Hari raya kedua, kami ke rumah Mak long mek di changkat berangan, bertolak jam 3 petang dan sampai sana disambut oleh mak long sekeluarga. Setelah menjamu selera dan berbual panjang maklumlah inilah kesempatan yang diambil untuk anak-anak mengenali sedara-mara mereka, kami pun bertolak balik kerana hari nak hujan. Dalam perjalanan ketiga-tiga hero keletihan dan tidur.
Hari raya ketiga pulak kami tak kemana-mana sebab keluarga sebelah opah nak datang ke rumah beraya. Opah dan Mama sibuk memasak di dapur untuk menyediakan juadah bagi menjamu tetamu yang datang. Emm opah masak memang sedap, semua orang puji. Setelah berbual dan berkenalan dengan ahli baru dalam keluarga kami Pak su dan keluarga bertolak balik, sebelah malam kami tak ada aktiviti kerana dah penat.
Hari raya ke empat pula, Mak cik Ee dan Pakcik Din sekeluarga bertandang ke rumah.. aiman dan indra cukup seronok kerana pak su dah mai ( dorang memang rapat dengan anak makcik yang bongsu ni) sebab pak su suka melayan dua orang hero ni. Mereka sekeluarga baru pertama kali berjumpa dengan Aryan dan mereka cukup gembira dapat berjumpa Aryan. Setelah makan-makan dan berbual, Opah telah mencukur rambut Aryan, sekarang Aryan dah jadi baby botak.. setelah selesai semua urusan kami sekeluarga bertolak balik ke rumah, jam 5 petang bertolak dari taiping (Pak Tam ikut skali konvoi sampai ipoh) jalan jam giler dari changkat jering sampai ipoh jalan slow sangat. Kami berhenti rehat dihentian tapah untuk makan setelah lama terperangkap dalam jam… sampai di rumah jam 12 tengah malam.. semua dah keletihan dan tidur.