Ruang Tamu Yus & Lila

Keluargaku….Duniaku…

Nong Ping..

Papa plan nak bawa mama, aiman, indra dan Aryan pergi berjalan mengenang esok dah nak balik ke Malaysia, di samping member peluang kepada opah dan tok wan untuk bersantai berdua-duaan.  Pada mulanya  papa bercadang nak pergi ke muzium atau menaiki cable car di tung chung.  Papa dan mama akhirnya mengambil keputusan untuk menaiki cable car.  Di hong kong ada 2 cable car iaitu di Ocean Park dan Tung chung, seperti biasa kami menaiki mtr untuk ke tung chung, sampai di sana jam 5 petang dan hujan turun renyai-renyai ditambah pula cuaca sejuk papa terus membeli tiket (HKD300++) untuk kami anak beranak.  Orang tak ramai sangat mungkin sebab dah petang dan keadaan berkabus, kami terus menaiki cable car dan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit jugak untuk sampai ke puncak, aiman dan indra cukup seronok kerana bila bersembang asap keluar dari mulut..huhu sebab sejuk le tu.. sakan dorang gelak.  Kat puncak bukit ni dipanggil nong ping.. terdapat deretan kedai menjual cenderahati dan terdapat starbuck café.  Kami tak duduk lama kerana keadaan sungguh sejuk mungkin dalam 3-7o celcius.  Tangan dan kaki terasa kebas, tapi sempat jugak lepak minum dan makan makanan ringan.  Kabus yang tebal dimana jarak penglihatan 50 meter, silap-silap boleh sesat.  Kami Cuma duduk kat situ dalam setengah jam kerana takut tertinggal cable car yang terakhir jam 6.30  petang. 

Sampai di bawah ada satu shopping mall yang menjual barangan branded (outlet) dengan harga yang berpatutan.  Mama dan papa apa lagi sempat shopping baju dan handbag..mama senyum puas sebab handbag yang dibeli tiada outlet di Malaysia.  Kami lepak sekejap di pacific café dan bertolak balik ke rumah linda jam 9 malam.  Satu pengalaman yang indah untuk kenangan anak-anak dimasa akan datang.

Comments are closed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.