Hari ni kena bangun awal pagi kerana nak bertolak ke airport.. nak naik flight kul 9.05 pagi, nasib baik kat sini pukul 6 dah cerah..bertolak dari rumah linda jam 6.30 pagi, kami sekeluarga menaiki teksi kerana dah tak sempat nak naik train..(teksi HKD315) sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan pagi di hong kong, rasa sedih sangat sebab tak puas nak menjelajah bumi hong kong ni.. kalau ada kesempatan nanti dan dimurahkan rezeki akan kami jejaki lagi kaki di sini..tunggu sajalah kedatangan kami nanti auntie linda..

Chap Lep Kok Airport (Hong Kong International Airport)

Chap Lep Kok Airport (Hong Kong International Airport)

Mama sedang beri Aryan makan..

Aiman & Indra meninjau kapal terbang..
Opah dan tok wan menaiki teksi yang lain kerana peraturan disini tidak membenarkan penumpang lebih dari 4 orang, kami tiba di airport jam 7 pagi..suasana belum begitu sesak mungkin sebab awal lagi kot..sampai di sana kami terus pergi check in dulu..lepas tu pemeriksaan imigresen (hong kong) alhamdulillah tiada apa-apa masalah semasa di sini.. sambil menunggu flight kami sempat makan satu-satunya makanan halal kat airport ni iaitu restoran popeye..aryan tengah tido keletihan.
Masa yang ditunggu pun tiba dimana flight telah bergerak meninggalkan landasan..selamat tinggal hong kong..semoga kami dapat menjejak kaki ke sini lagi.. sepanjang dalam pesawat papa telah tido sebab tak tido semalaman (berborak ngan linda tak hengat)..aryan, indra lama dibuai mimpi, mama pun ngantuk jugak.. Cuma aiman je yang segar bugar (sebab bleh main game kat laptop).. sampai di KLIA kira-kira jam 12.45 petang..alhamdulillah selamat perjalanan kami.. dari KLIA kami menaiki limo untuk balik ke enstek (indra selalu bertanya bila nak balik enstek)…dalam teksi aiman selamba jer berkata ”panas yer papa” ceh baru seminggu duk hong kong dah eksen..tapi memang betul terasa perbezaan suhu di sini dengan di sana..Inilah pengalaman paling manis dan indah untuk kami sekeluarga pada tahun ni..
Like this:
Be the first to like this post.